UnGkaPAN RoHANi

SeTiaP uNgkaPaN yg dIseRtaiI dENgan KeIKHlaSan aKAN memBerI mAKna WalAUpun Ia NamPAK tersirat KaTA bIASA maNjadi PEnAWAR DAn RACuN BAgi HAti


The Widgipedia gallery
requires Adobe Flash
Player 7 or higher.

To view it, click here
to get the latest
Adobe Flash Player.
Get this widget from WidgipediaGet this widget from WidgipediaMore Web & Desktop Widgets @ WidgipediaMore Web & Desktop Widgets @ Widgipedia
Thursday, September 11, 2008

KENANGAN BERSAMA CIK AMNI......


Ni masa kami dalam kelas TKF,di UDM.....waktu ni kitaorang kelas malam...best lah belajar dengan cik Amni yang banyak berkongsi ilmu tentang isu semasa....sebab saya ni kurang tengok berita..sejak duk kaT sini kurang pulak tengok berita...rasa busy sokmo..sebab baru masuk alam kampus...kena biasakan diri lah...

BUAT MAWAR MUJAHIDAH YANG SEDANG MERINDUI JALAN MENUJU ALLAH.....,

SEKALI WANITA TERGODA,GUGURLAH SEKUNTUM WARDAH DI TAMAN SYURGA,


SEKALI WANITA TERNODA, BERDEKAH-DEKAHLAH SYAITAN DI NERAKA.....


DA'I TIDAK MENJAGA HATINYA,MAKA ROSAKLAH DIRINYA,
TERFITNAHLAH ISLAM KERANANYA DAN RUNTUHLAH DAKWAH DITANGANNYA..
SAUDARAKU,KEJAYAAN DAKWAH BUKANLAH TERLETAK PADA KEPANDAIAN SEORANG DA'I BERKATA-KATA TETAPI TERLETAK PADA KEIKHLASAN DAN KEBERSIHAN HATINYA
MAKA WASPADALAH HATIMU SELALU AGAR IA TERSELAMAT DARI KEKOTORAN NAFSU YANG MENIPU...


Wahai sahabatku.......

kita selalu bertanya tapi al-quran telah pun menjawabnya....

1.Kenapa aku di uji ?

Jawabnya-(al-ankabut:ayat 2-3)

2.Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan ?

Jawabnya-(al-baqarah:ayat 216)

3.Kenapa ujian seberat ini ?

Jawabnya-(al-baqarah:ayat 286)

4. Kenapa rasa kecewa ?

Jawabnya-(al-imran:ayat 139)

5.Bagaimana ku harus hadapi ?

Jawabnya-(al-baqarah:ayat 45)

6. Apa aku dapat dari semua ini ?

Jawabnya-(at-taubah:ayat 111)

7. Kepada siapa ku berharap ?

Jawabnya-(at-taubah:ayat 129)

8. Aku tak dapat tahan !!!!!

Jawabnya-(yusuf:ayat 12)

RENUNGLAH SAUDARAKU....














Hari ini ada test TKF,entahlah camne,nak kata dapat jawab tu bolehlah sebab kertas objektif dah ada jawapan tapi bahasa inggeris ni saya tak berapa nak bolehlah...dengan adanya blog ni,harap-harap dapatlah sesiapa yang sudi berkongsi ilmu dan memberi tips-tips untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa inggeris....

Wednesday, September 3, 2008

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN



KELEBIHAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.