UnGkaPAN RoHANi

SeTiaP uNgkaPaN yg dIseRtaiI dENgan KeIKHlaSan aKAN memBerI mAKna WalAUpun Ia NamPAK tersirat KaTA bIASA maNjadi PEnAWAR DAn RACuN BAgi HAti


The Widgipedia gallery
requires Adobe Flash
Player 7 or higher.

To view it, click here
to get the latest
Adobe Flash Player.
Get this widget from WidgipediaGet this widget from WidgipediaMore Web & Desktop Widgets @ WidgipediaMore Web & Desktop Widgets @ Widgipedia

Salam sejahtera dan salam rindu buat semua sahabat yang sedang menuntut ilmu diseluruh pelusuk bumi ini....
Pada 17/10/2008 bersamaan hari jumaat semua sahabatku telah berangkat untuk menyambung pelajaran kat Timur Tengah,tak sangka ye ramai jugak budak sek maahad syamsul maarif (L) labok sambung belajar kat MESIR..Tp sedih la tak dapat jumpa korang buat kaali terakhir,kan korang pegi 4 tahun,gane lah rupa korang nanti ye,mane tahu balik-balik dah bawak balik anak..he.he,best korang dapat sambung belajar kat negara orang..belajar sungguh2 ye..

Saturday, October 25, 2008

KASIH SAYANG SEORANG SAHABAT

Untuk sahabat-sahabatku yang dirindui...yang sedang menuntut ilmu diseluruh pelusuk bumi ini...hayatilah kisah ini:

Abu Jahm bin Huzaifah r.a menceritakan: "sewaktu petang Yarmurk berlaku, daku pergi mencari sepupuku yang sedang dibarisan hadapan peperangan. Daku membawa sedikit air bersama-samaku.Kelihataan beliau di tengah-tengah peperangan yang sedang berlaku dalam keadaan nazak .Ku hampiri beliau untuk menolong beliau dengan sedikit air yang kubawa . Sebaik sahaja aku ingin memberi air tersebut kepada beliau ,kedengaran satu suara mengerang disebelahnya .Sepupuku mengalihkan mukanya lalu menyuruh aku membawa air tersebut kearah orang itu. Aku pergi kearah orang itu ,rupa-rupanya dia ialah Hisyam bin Anas r.a .Sebaik saja aku menghampirinya terdengar pula satu suara lain yang tidak jauh darinya,Hisyam menyuruh aku kesana tetapi malangnya apabila sampai disana dia syahid. Segera aku bergegas menemui Hisyam ,namun beliau syahid juga syahid .Lantas aku pergi kearah sepupuku sepantas yang aku dapat . Namun beliau juga mengikut mereka dalam kesyahidan."

Bingkisan sirah yang dipaparkan ini menunjukkan betapa mantap dan ampuhnya ukhwah mahabbah yang terjalin antara sahabat. Apakah mungkin kita akan sensitiv dan bertindak sedemikian demi sahabat atau saudara mara kita,khususnya seagama kita . Semoga Allah s.w.t merahmati roh mereka dengan nikmat yang terpilih disebabkan pengorbanan mereka yang melewati batasan ,walaupun disaat kemunculan maut.................

Wednesday, October 15, 2008

PESONA WANITA ISLAM

Islam tidak melarang kecantikkan, keindahan dan hiburan, malah agama ini menyuruh umat-Nya supaya bersenang-lenang dan hidup dengan penuh aman damai. Kerana itu di dalam beberapa hadis baginda rasul sendiri ada menyebutkan bahawa baginda sangat sekali menyenangi wanita, bauan harum dan perkara-perkara yang menghiburkan keluarga. Allah swt berfirman (dengan maksudnya) : “Di hiasi di dunia itu (pada pandangan manusia) dengan kecintaan pada wanita.” (Ali Imran: 14) Bahkan di dalam AlQuran, Allah swt menjanjikan kepada orang lelaki yang beriman dan beramal soleh dengan balasan bidadari sebagai menggalakkan mereka beribadah. Bidadari itu ialah wanita yang sempurna sifatnya dan teramat cantik jasadnya serta dipenuhi dengan segala ciri keperluan yang merupakan idaman kaum lelaki. Allah swt berfirman (dengan maksudnya) : “Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik.” (Ar-Rahman : 70) Oleh yang demikian, tidak salah jika kita mengatakan bahawa wanita dunia yang mempesonakan itu haruslah sekurang-kurangnya memiliki ciri yang paling hampir dengan si bidadari. Wanita pesona ialah wanita yang menjadi idaman semua dan merupakan impian setiap gadis dan wanita untuk mendapatkan kedudukan tersebut. Pesona bermaksud menawan dan menjadi pujaan para lelaki dan mendapat penghormatan daripada kaum sejenisnya sendiri.

Sunday, October 5, 2008

IBUKU TERCINTA

IBU,
Megertilah bahawa aku sayang padamu.
Dalam pada itu aku selalu menyalahimu,
Bukan niatku merobek hati kecilmu,
Tapi jiwaku memberontak minta dihargai.


IBU,
Bukan niatku meracuni dengan kata-kataku,
Namun kadangkala hati ini pedih,

Aku merindui senyumanmu.
Gelak tawamu,
Segala tentang dirimu ibu...
Jika diimbas saat itu,
Manik jernih ini akan gugur berderai,
Tanpa di minta ia terus mengalir.
IBU,
Saat pintaku,
Kebahagian dirimu,
Sesungguhnya tiada apa yang lebih indah,
Dari sebuah kebahagian ...
Maaf diatas segalanya...

Saturday, October 4, 2008

Pesanan umar

saidina Umar al-khattab pernah berkata "hendaklah kamu bersahabat dengan orang yang menzalimi kehidupannya dengan kebenaran, nescaya kamu akan hidup aman disisinya....
Berwaspadalah terhadap sahabat kecuali terhadap mereka yang amanah, kerana amanah itu tidak wujud kecuali bagi mereka yang takutkan Allah...jangan bersahabat dengan mereka yang jahat kerana kamu nescaya akan belajar dari kejahatannya..."