UnGkaPAN RoHANi

SeTiaP uNgkaPaN yg dIseRtaiI dENgan KeIKHlaSan aKAN memBerI mAKna WalAUpun Ia NamPAK tersirat KaTA bIASA maNjadi PEnAWAR DAn RACuN BAgi HAti


The Widgipedia gallery
requires Adobe Flash
Player 7 or higher.

To view it, click here
to get the latest
Adobe Flash Player.
Get this widget from WidgipediaGet this widget from WidgipediaMore Web & Desktop Widgets @ WidgipediaMore Web & Desktop Widgets @ Widgipedia
Tuesday, November 18, 2008

HARI TERAKHIR

Assalamualaikum....hari terakhir bukannya berakhir segala-galanya...hee..tp hari ini 18\11\08 tamatlah final exam untuk sem 1 bagi aku..tak sangka pejam celik,pejam celik dah habis sem satu,singkat bebenor rasa hidup ei...bagi akulah,tak tahu pulak korang...tapi aku sedihlah dekat final exam baru 2 ni aku pening kepala..penyakit yang lama tak datang,datang lah pulak...tak sangka kena migrain plak,masa tu,ada 2 paper lagi tak habis,ulum hadis dan hadis....sedih,tak dapat habiskan menghafal,asyik muntah-muntah je 2 hari tu...:(...kalau selama ni duk kat umah,habiskan masa dekat 6 bulan kat umah tak leh apa2,baik sambung belajar.tadah 2 ilmu kat sini (UDM)...Dan hari ni jugak ramai daa kawan2 aku dah balik kampung masing2.nampak tak sabar 2 semua balik nak jumpa keluarga....sebabnya rasa terseksa jiwa jugak duk sini dengan pelbagai kerenah lah..tahu 2 lah kat U ni banyak lah ujian...termasuk diriku jugak....k lah setakat ni jelah dapat aku coretkan dalam blog yang tak seberapa ni,maklumlah kan baru nak belajar 2....bye.

Salam sejahtera dan salam rindu buat semua sahabat yang sedang menuntut ilmu diseluruh pelusuk bumi ini....
Pada 17/10/2008 bersamaan hari jumaat semua sahabatku telah berangkat untuk menyambung pelajaran kat Timur Tengah,tak sangka ye ramai jugak budak sek maahad syamsul maarif (L) labok sambung belajar kat MESIR..Tp sedih la tak dapat jumpa korang buat kaali terakhir,kan korang pegi 4 tahun,gane lah rupa korang nanti ye,mane tahu balik-balik dah bawak balik anak..he.he,best korang dapat sambung belajar kat negara orang..belajar sungguh2 ye..

Saturday, October 25, 2008

KASIH SAYANG SEORANG SAHABAT

Untuk sahabat-sahabatku yang dirindui...yang sedang menuntut ilmu diseluruh pelusuk bumi ini...hayatilah kisah ini:

Abu Jahm bin Huzaifah r.a menceritakan: "sewaktu petang Yarmurk berlaku, daku pergi mencari sepupuku yang sedang dibarisan hadapan peperangan. Daku membawa sedikit air bersama-samaku.Kelihataan beliau di tengah-tengah peperangan yang sedang berlaku dalam keadaan nazak .Ku hampiri beliau untuk menolong beliau dengan sedikit air yang kubawa . Sebaik sahaja aku ingin memberi air tersebut kepada beliau ,kedengaran satu suara mengerang disebelahnya .Sepupuku mengalihkan mukanya lalu menyuruh aku membawa air tersebut kearah orang itu. Aku pergi kearah orang itu ,rupa-rupanya dia ialah Hisyam bin Anas r.a .Sebaik saja aku menghampirinya terdengar pula satu suara lain yang tidak jauh darinya,Hisyam menyuruh aku kesana tetapi malangnya apabila sampai disana dia syahid. Segera aku bergegas menemui Hisyam ,namun beliau syahid juga syahid .Lantas aku pergi kearah sepupuku sepantas yang aku dapat . Namun beliau juga mengikut mereka dalam kesyahidan."

Bingkisan sirah yang dipaparkan ini menunjukkan betapa mantap dan ampuhnya ukhwah mahabbah yang terjalin antara sahabat. Apakah mungkin kita akan sensitiv dan bertindak sedemikian demi sahabat atau saudara mara kita,khususnya seagama kita . Semoga Allah s.w.t merahmati roh mereka dengan nikmat yang terpilih disebabkan pengorbanan mereka yang melewati batasan ,walaupun disaat kemunculan maut.................

Wednesday, October 15, 2008

PESONA WANITA ISLAM

Islam tidak melarang kecantikkan, keindahan dan hiburan, malah agama ini menyuruh umat-Nya supaya bersenang-lenang dan hidup dengan penuh aman damai. Kerana itu di dalam beberapa hadis baginda rasul sendiri ada menyebutkan bahawa baginda sangat sekali menyenangi wanita, bauan harum dan perkara-perkara yang menghiburkan keluarga. Allah swt berfirman (dengan maksudnya) : “Di hiasi di dunia itu (pada pandangan manusia) dengan kecintaan pada wanita.” (Ali Imran: 14) Bahkan di dalam AlQuran, Allah swt menjanjikan kepada orang lelaki yang beriman dan beramal soleh dengan balasan bidadari sebagai menggalakkan mereka beribadah. Bidadari itu ialah wanita yang sempurna sifatnya dan teramat cantik jasadnya serta dipenuhi dengan segala ciri keperluan yang merupakan idaman kaum lelaki. Allah swt berfirman (dengan maksudnya) : “Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik.” (Ar-Rahman : 70) Oleh yang demikian, tidak salah jika kita mengatakan bahawa wanita dunia yang mempesonakan itu haruslah sekurang-kurangnya memiliki ciri yang paling hampir dengan si bidadari. Wanita pesona ialah wanita yang menjadi idaman semua dan merupakan impian setiap gadis dan wanita untuk mendapatkan kedudukan tersebut. Pesona bermaksud menawan dan menjadi pujaan para lelaki dan mendapat penghormatan daripada kaum sejenisnya sendiri.

Sunday, October 5, 2008

IBUKU TERCINTA

IBU,
Megertilah bahawa aku sayang padamu.
Dalam pada itu aku selalu menyalahimu,
Bukan niatku merobek hati kecilmu,
Tapi jiwaku memberontak minta dihargai.


IBU,
Bukan niatku meracuni dengan kata-kataku,
Namun kadangkala hati ini pedih,

Aku merindui senyumanmu.
Gelak tawamu,
Segala tentang dirimu ibu...
Jika diimbas saat itu,
Manik jernih ini akan gugur berderai,
Tanpa di minta ia terus mengalir.
IBU,
Saat pintaku,
Kebahagian dirimu,
Sesungguhnya tiada apa yang lebih indah,
Dari sebuah kebahagian ...
Maaf diatas segalanya...

Saturday, October 4, 2008

Pesanan umar

saidina Umar al-khattab pernah berkata "hendaklah kamu bersahabat dengan orang yang menzalimi kehidupannya dengan kebenaran, nescaya kamu akan hidup aman disisinya....
Berwaspadalah terhadap sahabat kecuali terhadap mereka yang amanah, kerana amanah itu tidak wujud kecuali bagi mereka yang takutkan Allah...jangan bersahabat dengan mereka yang jahat kerana kamu nescaya akan belajar dari kejahatannya..."

Thursday, September 11, 2008

KENANGAN BERSAMA CIK AMNI......


Ni masa kami dalam kelas TKF,di UDM.....waktu ni kitaorang kelas malam...best lah belajar dengan cik Amni yang banyak berkongsi ilmu tentang isu semasa....sebab saya ni kurang tengok berita..sejak duk kaT sini kurang pulak tengok berita...rasa busy sokmo..sebab baru masuk alam kampus...kena biasakan diri lah...

BUAT MAWAR MUJAHIDAH YANG SEDANG MERINDUI JALAN MENUJU ALLAH.....,

SEKALI WANITA TERGODA,GUGURLAH SEKUNTUM WARDAH DI TAMAN SYURGA,


SEKALI WANITA TERNODA, BERDEKAH-DEKAHLAH SYAITAN DI NERAKA.....


DA'I TIDAK MENJAGA HATINYA,MAKA ROSAKLAH DIRINYA,
TERFITNAHLAH ISLAM KERANANYA DAN RUNTUHLAH DAKWAH DITANGANNYA..
SAUDARAKU,KEJAYAAN DAKWAH BUKANLAH TERLETAK PADA KEPANDAIAN SEORANG DA'I BERKATA-KATA TETAPI TERLETAK PADA KEIKHLASAN DAN KEBERSIHAN HATINYA
MAKA WASPADALAH HATIMU SELALU AGAR IA TERSELAMAT DARI KEKOTORAN NAFSU YANG MENIPU...


Wahai sahabatku.......

kita selalu bertanya tapi al-quran telah pun menjawabnya....

1.Kenapa aku di uji ?

Jawabnya-(al-ankabut:ayat 2-3)

2.Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan ?

Jawabnya-(al-baqarah:ayat 216)

3.Kenapa ujian seberat ini ?

Jawabnya-(al-baqarah:ayat 286)

4. Kenapa rasa kecewa ?

Jawabnya-(al-imran:ayat 139)

5.Bagaimana ku harus hadapi ?

Jawabnya-(al-baqarah:ayat 45)

6. Apa aku dapat dari semua ini ?

Jawabnya-(at-taubah:ayat 111)

7. Kepada siapa ku berharap ?

Jawabnya-(at-taubah:ayat 129)

8. Aku tak dapat tahan !!!!!

Jawabnya-(yusuf:ayat 12)

RENUNGLAH SAUDARAKU....














Hari ini ada test TKF,entahlah camne,nak kata dapat jawab tu bolehlah sebab kertas objektif dah ada jawapan tapi bahasa inggeris ni saya tak berapa nak bolehlah...dengan adanya blog ni,harap-harap dapatlah sesiapa yang sudi berkongsi ilmu dan memberi tips-tips untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa inggeris....

Wednesday, September 3, 2008

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN



KELEBIHAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.









Tuesday, August 26, 2008

Kisah muslimah


"Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya."Wahai anakku, Kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya "Ya, Rasulullah, sesungguhnya saya adalah anak yatim piatu. Malam tadi saya telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan saya menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi."Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."saya bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas saya bertanya ibuku, Kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.Lalu saya terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.Lalu saya bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia.Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku. saya lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.Seketika itu juga saya tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.Itulah sebabnya saya datang berjumpa engkau ya Rasulullah"Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah- mudahan segala dosa ibumu terampun. INSYALLAH""

Wednesday, July 30, 2008

taman ilmu


Lahir kita disambut dengan azan,
Mati kita dihantar dengan solat..

Begitulah ibaratnya tempoh hidup ini,
sesingkat jarak antara azan dan solat.

Singkatnya hidup ini..
untuk kita persiakan,
atau..
untuk kita bermusuhan.

Penuhilah hidup yang singkat ini,
dengan usaha meraih kebaikan, kebahagian dan kejayaan
di dunia dan akhirat..
dan,
dengan usaha menguatkan ukhuwah Islamiah.


selamat memeriahkan bulan syaaban....