UnGkaPAN RoHANi

SeTiaP uNgkaPaN yg dIseRtaiI dENgan KeIKHlaSan aKAN memBerI mAKna WalAUpun Ia NamPAK tersirat KaTA bIASA maNjadi PEnAWAR DAn RACuN BAgi HAti


The Widgipedia gallery
requires Adobe Flash
Player 7 or higher.

To view it, click here
to get the latest
Adobe Flash Player.
Get this widget from WidgipediaGet this widget from WidgipediaMore Web & Desktop Widgets @ WidgipediaMore Web & Desktop Widgets @ Widgipedia




Bersarapan di Usim pada pagi yang tenang  dan hari yang terakhir beramai-ramai,makanan yang disediakan oleh Urusetia Usim iaitu selaku pelajar di sana juga,suap menyuap mengeratkan lagi silaturahim antara kami...walaupun terasa malu di hadapan beratus pelajar u yang lain kami dapat merasai kemesraan makan bersuap..hi..dapat mengeratkan lagi sesama saudara seakidah...kak zaleha yang peramah menyuapkan kepada kami semua.hihi,ada yang tidak mahu makan bersuap tapi disebabkan kak zaleha mahu menghabiskan makanannya semua di suapkan..terasa lucu plak kerana terpaksa jugak makan walaupun makanan kami pun tak habis di makan lagi.



Program  Seketeriat Pendakwah Muda di Usim yang terbesar dapat mengumpulkan semua pelajar Universiti dari seluruh negeri.                  
2-sedap tak kak thahirah makan mee..nasi goreng k.tha mana best,mee ni lagi sedap
                   3-em...sedapnya...makan apa 2 ikhlas ye..di suap kak za lagi..


Saturday, December 12, 2009

LEmaHnya iNsAN



Dakwah sememangnya amat payah untuk dilaksanakan kecuali bagi orang yang betul-betul dipilih oleh Allah s.w.t. Dakwah yang kita lakukan belum tentu manusia menerimanya..setiap kata,setiap penulisan memang senang untuk diungkapkan dan di coretkan tetapi belum tentu ia bernilai dan menusuk ke jiwa insan kerana dengan kelemahan setiap manusia yang mencoretkan ini..


         Dan setiap manusia juga Allah ciptakan berbeza-beza..Allahuakbar..memang tiada sesiapa yang dapat menandingiNya walaupun manusia mencipta patung,robot ia tetap patung dan robot tidak akan menjadi manusia sempurna seumpama ciptaan Allah. Di sebabkan ciptaan Allah yang berbeza ini begitu susah untuk kita mengenali jiwa manusia yang sebenar.unyuk kita selami setiap jiwa yang akan di dakwahkan,diberikan didikan..jika menggunakan cara yang mengikut kehendak kita,naluri kita berkemungkinan seseorang itu akan menjadi lebih buruk dan tidak di jangkakan kerana setiap jiwa,hati seseorang berbeza, didikan yang diberi perlu berbeza mengikut jiwa seseorang kerana fikiran seseorang,situasi,kehidupan dan hati juga berbeza dengan kita.mungkin seseorang itu boleh menjadi pendengar tetapi belum tentu ia akan mengikut kata kita,nasihaat kita kerana sebab-sebab tertentu..itulah kebesaran Allah yang menciptakan manusia.Subhanallah…

         Bagi yang sudah mendalami Islam dengan sebenar-benarnya mungkin ia ingin mengajak seseorang itu menjadi baikn seperti dirinya..tetapi sebelum itu kita perlu melihat siapa yang akan kita dakwahkan,jika kita terjumpa seseorang yang tidak pernah solat,janganlah kita menuduhnya kafir sebelum kita mengenali,menasihatinya dan jangaanlah kita memaksanya untuk solat sedangkan ia belum mengetahui tentang solat kerana kejahilan dan pendidikannya yang tidak sempurna sebagai islam sejak kecil..berbuat baiklah kepada mereka ini kerana mereka tidak mengetahui dan janganlah tergesa-gesa,bila kita berbuat baik mungkin tergerak naluri,jiwa,dan rasa inginkn kebaikan. Sebagai manusia yang lemah tidak berguna lah apa yang kita lakukan tanpa pertolongan Allah..bersyukur tanda penghargaan kita.Alhamdulillah….

         Sememangnya perkara ini,kita merasakan amatlah senang untuk dilakukan kerana kita belum membuatnya..tetapi apabial kita menghadapinya ia memerlukan kesabaran yang amat besar,pengorbanan,ketahanan jiwa dan perkara yang amat menyakitkan..sebagai hamba yang serba dhaif terasa banyak nya kelemahan kerana tidak dapat melaksanakan nya..kerana tiada kekuatan.sebagai seorang berjiwa lemah,doa perlu di panjatkan untuk memohon kekuatan dan diri-sendiri juga perlu berubah walaupun terpaksa mengorbankan apa yang disayangi..wallahua’lam…











Saturday, December 5, 2009

Bid'ah


Bercerita mengenai bid’ah,kebanyakan masyarakat keliru tentang bid’ah ini,sebenarnaya amalan bid’ah ini ialah perkara yang tidak di buat oleh Rasulullah tetapi di buat oleh umatnya..sememangnya ramai yang bertanya persoalan mengenai bid’ah dan apabila kita melakukan sesuatu amalan yang telah menjadi warisan sejak zaman berzaman menyebabmenjadi Bid’ah.tetapi ia bergantung kepada niat.jikalau amalan tersebut tidak bertentangan dengan syariat tidak bid’ah,janganlah kita terlalu beriktikad dengan amalan tersebut seperti membaca surah yasin pada malam jumaat,tidak salah amalan ini dilakukan tetapi jangan terlalu beriktikat dengan menyatakan setiap malam jumaat wajib atau mesti membaca yasin..sedangkan banyak surah-surah yang di sunat dan diamalkan oleh Rasulullah untuk di baca padahari Jumaat seperti Surah Kahfi,surah Sejadah dan lain-lain.,sekurang-kurangnya mereka membaca juga al-Quran dari terus tidak di baca pada hari Jumaat .Contoh lain lagi mengenai Bid’ah ialah ada sebuah Negara ,tapi tak ingaat Negara mana.Pemerintah Negara tersebut telah mengharamkan untuk melakukan amalan yang telah di lakukan sejak zaman berzaman iaitu seperti manyambut maal hijrah,maulidur rasul kerana pemerintah tersebut menyatakan amalan tersebut itu tidak dilakukan oleh Rasulullah,ini menyebabkan ramai rakyat kecewa dan Negara itu menjadi sunyi dari ceramah-ceramah agamaa dan masalah social semakin meningkat dan rakyat merasakan perkara ini patut diteruskn dan mereka bangkit menentang pemerintah dan mengadakan semula amalan tersebut.kenapa kita hendak menhentikan sesuatu yang baik walaupun tidak dibuat oleh Rasulullah tetapi ia dapat memperingati manusia kearah meningkatkan keimanan dan mengingatkan kita tentang kehidupaan Rasulullah yang banyak berkorban untuk ummatnya.Sebenarnya perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w jika tidak menyalahi syariat islam yang ditetapkan boleh diamalkan,asalkan ia tidak mensyirikkan Allah dan kita tidak terlalu beriktikat dengan amalan tersebut seperti jika tidak dilakukan berdosa ataupun menjaga air muka dengan penduduk kampong sedangkan amalan kita



Disini saya akan menjelaskan apa yang telah diberitahu oleh Ustaz Wan Amirurrashid bin Wan Abdul Hamid mengenai Bid’ah atau mengenalpasti perkara bid’ah yang telah beliau bincangkan di dalam Jemaah Fiqh:


1-Usul (sumber dalil umum) iaitu perkara atau amalan tersebut ada dalil ataupun tidak.


2-Mengkategorikan amalan masyarakat samaada adat atau ibadat.jika ibadat mesti ada dalil pensyariatan cth:sujud kepala kedepan bukan kebelakang.


3-Tidak meninggalkan yang utama


4-Jangan di tambah rukun.


Contoh:amalan daalam solat


Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan ataupun dapat coretkan dengan ilmu yang tak seberapa ini,diharap sesiapa yang sudi berkongsi ilmu di atas kekurangan diri ini.Apa yang baik itu datangnya dari Allah dan apa yang buruk itu dataang dari Allah juga dan disandarkan kepada diri saya..diharap sudi2lah menegur..wasallam..



Wednesday, November 18, 2009

Alhamdulillah...

Akhirnya tamat juga peperiksaan terakhir tengahari tadi..entah camnelah result nanti,lepas tamat exam tadi tak sabar-sabar rasanya nak balik kat umah..sabar ye adikku..akak akan pulang.he2.tapi apa yang paling terkilan tadi masa tengok carymark.ala,kenapa sikit sangat dapat.exam final pun entah camne jawab,harap-harap dapat A jugak la yang di target 2,,tapi rasa takut sangat sebab pelajaran yang lain entah camnelah..rasa tak bersungguh je sem ni,banyak main dari study..camne ni ek?tapi harap-harap dapat yang terbaik jugak lah walau usaha tak setimpal..doa banyak2 dan bertawakal..bagi kawan-kawan jangan bersedih tak dapat jawab,mungkin pelajaran lain boleh bantu dalam meninggikan pointer.ala..mungkin satu je tak dapat jawab,yang lain dapatkan..walau camne pun sekarang kita berserah dan tunggu keputusannya..tunggu dan lihat..;)







Monday, November 16, 2009

MaSaLAH jUGAK !!!

Em..dah lama tak tulis apa2 dalam blog ni, tapi asyik duk tukar2 background..hahaha..mesti dah pening kak su ke.sape2 ke yang duk tengok blog ni..sekejap colouful kejap gelap..nak buat camne,tak puas hati sokmo..masalah jugak ni..Tapi masalah yang paling besar lagi bab study lah,tak tahulah camne sem ni.harapan ada ke tak ni?tapi kena banyak-banyak lah doa biar berjaya sem ni,janganlah down plak..huhu.asyik dengar cite kejayaan orang je,kita ni bila plak nak berjaya..2 la lau orang cite bab berjaya ni kita senyap je,nak menyampuk rasa malu..tak berjaya dengan cemerlang lagi..sedih..masalah jugak nikan,tapi dalam banyak2 paper,paper bi dan b.arab lah yang membuatkan diri ni jadi bermasalah..dah yang tak study betul2 tu nape?!. hehe.entah semangat belajar lari katne tak tau...nak dekat last2 exam ni makin rasa malas,dah duk tengok roomate sendiri kemas barang nak balik dah..em..tak sabar nak balik rasa..rindu plak nak tengok adik2 dan bergurau-gurau..maklumlah ma n abah plak tak de lagi kat umah..sedang mengerjakan ssuatu pekerjaan yang besar kat bumi anbia sane...ha! keja ape 2..ala..dah tahukan..tekalah..beberapa hari yang lalu pun ada masalah dengan orang,boleh sakit jiwalah lau duk pikik2,baik tak pyah fkirkan..tapi pe2 pun kena buat yang terbaik lah untuk diri jugak..hari rabu ni exam yang terakhir akan muncul..psikologi dakwah..camnelah ni,tak banyak lagi baca..baru ni peksa komunikasi dakwah pun sedih..:(..tak dapat jawab dengan sempurna..hafal dengan penuh semangat,tapi masuk yang lain plak,yang hafal tak penuh semangaat..hehe.tapi dah lepas dah exam,jadi bertawakal jelah dan di samping itu marilah kita sama-sama berdoa spy dapat result ok..jangan ko.daan last sekali nak tido dah ni lewat  malam dah ni..pe tak tido lagi ni..asyik keja main blog je..masalah ni..pi tido ek..k,wassalam.


IFTAR JAMA'IE

Ni masa iftar jamai'e sem 3..kami berbuka puasa ramai-ramai kat Restoran Syakirin di Terengganu berhampiraan Udm..Best dapat makan makanan special lagi murah..







Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua rakan2 atau sahabat2 seperjuangan..Sungguh cepat masa berlalu tanpa saya sedari,bulan ramadhan pun dah berlalu,terasa banyak benda yang tak sempurna yang dapat dibuat pada bulan yang mulia,lagi2 dalam keadaan sibuk dengan belajar,tapi belajar pun satu jihad,bila bulan keberkatan dah berlalu terasa sayu sangat hati ini,manakan tidak pada bulan mulia ni semua kita cuba jaga supaya ibadat kita sempurna dan harap-harap diterima Allah,percakapan seperti kata2 yang tak baik kita jaga,nak buat benda tak baik kita akan ingat.ni bulan mulia,walaupun setan dah dibelenggu..setan nafsu masih menguasai diri kita..begitu besar jihad kita untuk melawan segala nafsu.semua orang cuba mencari diri dan cuba berubah untuk kearah lebih baik untuk memperbaiki diri bagi yang ada kesedaran lah..tapi diri ni takut sangat bila tiadanya bulan keberkatan ni,syaitan dilepaskan dicampur dengan nafsu yang sering menguasai diri,akan berubah kearah keburukan,tapi di harap kita semua merubah kearah yang lebih baiklah,orang kata hari2 terakhir itulah yang menentukan perubahan diri kita kearah baik ataupun buruk.
Seperti hidayah Allah juga,sebenarnya hidayah Allah kalau kita nak kekalkan kita kena cari Diri ini begitu takut terlepas dari hidayah Allah,sebab tu perlu syukur sangat2 bila kita dah diberi hidayah berada di jalan yang benar,jalan lurus..kena doa selalu biar dikekalkan hidayah.bila hidayat dah di tarik dari kita,benda jahat yang kita buat pun kita rasa betul..tu diri ni takut sangat,takut tak Nampak yang mana hak dan yang mana batil..bila pintu hidayah ditutup hati mula rasa seronok nak buat kejahatan,yang salah dikatakan betul..

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:

1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..



Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.



Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

“ Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya. “Wallahualam bissawaab..Wassalam



Bersumber dari Raja’ bin Umar An-Nakha’i, dia pernah bercerita: “Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-Nakha’ dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik. Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa sejak pertama melihat pemuda itu. Si pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya.Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya: “Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.” Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya, “Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.” Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata, “Selamanya aku belum pernah menemui seorang yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan orang adalah munafik.” Setelah berkata demikian, gadis itu lalu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya. Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu ketika dia bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya, “Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?” Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair: Kasih... cinta yang terindah adalah mencintaimu, sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan. Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu burung syurga menjauh dan malaikat menutup pintu. Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?” Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair: Aku berada dalam kenikmatan dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat yang tidak mungkin binasa yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya, “Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!” “Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab gadis kekasihnya itu. Pemuda itu kembali berkata kepadanya, “Bila aku dapat melihatmu kembali?” “Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari,” jawab kekasihnya. Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih sayang-Nya kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga.


Monday, July 27, 2009

Cinta vs Suka

Apa itu cinta dan apa itu suka?bacalah ia sebagai tatapan ilmu yang ku petik dari:http://www.iluvislam.com/ .oleh: nuQman

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.
Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.
Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.
Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.
Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga.
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta

Saturday, July 18, 2009

Di Bius Cinta........

Salam..pembuka bicara yang seelok-eloknya ditujukan kepada sesiapa yang sudi menghayati ungkapan dari ku...alahai.bunyi cam pelik plak bermadah.tajuk di bius cinta ni aku ambik dari ceramah yang aku dengar malam ni kat Dewan Kuliah Utama(DkU) kat Udm..Ustaz yang bagi ceramah malam ni memang best..rugilah sape2 tak dengar,lagi-lagi remaja zaman sekarang ni termasuk lah aku yang mgkin lah dah terkena bius cinta ni..biasalah cinta tu kan anugerah,fitrah semulajadi yang Allah dah campakkan dalam hati setiap kita kan.kan...banyaklah ilmu yang ustaz dan ustazah bagi dalam ceramah 2..antaranya lah kita mesti mencintai Allah terlebih dahulu dengan secinta-cintanya barulah kita cintakan pasangan yang di anugerahi Allah dengan seikhlas dan sebaik mungkin..kena jugak cinta kan Rasulullah s.a.w secinta-cintanya dengan mengikut sunnah nya melebihi dari kita mencintai orang2 atas dunia ni..pengorbanan Nabi Muhammad kat kita ummatnya tak dapat digambarkan,sedih sangat aku rasa sebab ramai yang tak berapa ikut..ni mungkin sebab ilmu agama tak berapa ada kot..ataupun kurang termasuk aku lah ,kena cari banyak2 ilmu agama supaya kita ni lebih mencintai Allah dan Rasul tapi kena beramal lah kan bila dapat ilmu,memang susahkan kita rasa..tapi doalah banyak supaya Allah permudahkan kerana Allah tu Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani hamba-hambaNya..banyak lagi nak tulis tapi malam2 buta camni idea tak da la plak..disini di sertakan lagu muhasabah cinta buat kengkawan dan semua yang mengenali ataupun tak mengenali diri ku ni..wallahu a'lam.....

salam....pembuka bicara..lame sungguh rasa tak menjenguk blog sendiri ni..tak tau apa nak yang di tuliskan dalam ni..sepanjang cuti sem 2 bulan baru2 ni ada jugak benda faedah yang ak buat daripada balik rumah cuti tak buat pe2,cari2 pengalaman skit2..hehe..cari ilmu yg berguna tuk ak bawak sepnjang hidup ni..dari pemerhatian ak lah akhlak 2 memang penting lah walau kat mana kita pergi,lau kita tak der akhlak lah semua orang tak respert kat kita malah boleh jaadi orang pun benci tak nak benci tak kawan ng kita..ni pengalaman ak sepanjang ak duk tempat belajar la............

Monday, March 16, 2009

10 PERKARA HAL SIA-SIA

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka,
menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam
kategori sia-sia, iaitu:-

1.Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak
dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2.Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca
secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3.Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar
kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4.Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak
mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk
keselamatan arwah-arwah mereka.

5.Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian
ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6.Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan
seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah
ilmu pengetahuan.

7.Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling
menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8.Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi
tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9.Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa
memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan
meningkatkan budi pekerti.

10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran
kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.