UnGkaPAN RoHANi

SeTiaP uNgkaPaN yg dIseRtaiI dENgan KeIKHlaSan aKAN memBerI mAKna WalAUpun Ia NamPAK tersirat KaTA bIASA maNjadi PEnAWAR DAn RACuN BAgi HAti


The Widgipedia gallery
requires Adobe Flash
Player 7 or higher.

To view it, click here
to get the latest
Adobe Flash Player.
Get this widget from WidgipediaGet this widget from WidgipediaMore Web & Desktop Widgets @ WidgipediaMore Web & Desktop Widgets @ Widgipedia




Bersarapan di Usim pada pagi yang tenang  dan hari yang terakhir beramai-ramai,makanan yang disediakan oleh Urusetia Usim iaitu selaku pelajar di sana juga,suap menyuap mengeratkan lagi silaturahim antara kami...walaupun terasa malu di hadapan beratus pelajar u yang lain kami dapat merasai kemesraan makan bersuap..hi..dapat mengeratkan lagi sesama saudara seakidah...kak zaleha yang peramah menyuapkan kepada kami semua.hihi,ada yang tidak mahu makan bersuap tapi disebabkan kak zaleha mahu menghabiskan makanannya semua di suapkan..terasa lucu plak kerana terpaksa jugak makan walaupun makanan kami pun tak habis di makan lagi.



Program  Seketeriat Pendakwah Muda di Usim yang terbesar dapat mengumpulkan semua pelajar Universiti dari seluruh negeri.                  
2-sedap tak kak thahirah makan mee..nasi goreng k.tha mana best,mee ni lagi sedap
                   3-em...sedapnya...makan apa 2 ikhlas ye..di suap kak za lagi..


Saturday, December 12, 2009

LEmaHnya iNsAN



Dakwah sememangnya amat payah untuk dilaksanakan kecuali bagi orang yang betul-betul dipilih oleh Allah s.w.t. Dakwah yang kita lakukan belum tentu manusia menerimanya..setiap kata,setiap penulisan memang senang untuk diungkapkan dan di coretkan tetapi belum tentu ia bernilai dan menusuk ke jiwa insan kerana dengan kelemahan setiap manusia yang mencoretkan ini..


         Dan setiap manusia juga Allah ciptakan berbeza-beza..Allahuakbar..memang tiada sesiapa yang dapat menandingiNya walaupun manusia mencipta patung,robot ia tetap patung dan robot tidak akan menjadi manusia sempurna seumpama ciptaan Allah. Di sebabkan ciptaan Allah yang berbeza ini begitu susah untuk kita mengenali jiwa manusia yang sebenar.unyuk kita selami setiap jiwa yang akan di dakwahkan,diberikan didikan..jika menggunakan cara yang mengikut kehendak kita,naluri kita berkemungkinan seseorang itu akan menjadi lebih buruk dan tidak di jangkakan kerana setiap jiwa,hati seseorang berbeza, didikan yang diberi perlu berbeza mengikut jiwa seseorang kerana fikiran seseorang,situasi,kehidupan dan hati juga berbeza dengan kita.mungkin seseorang itu boleh menjadi pendengar tetapi belum tentu ia akan mengikut kata kita,nasihaat kita kerana sebab-sebab tertentu..itulah kebesaran Allah yang menciptakan manusia.Subhanallah…

         Bagi yang sudah mendalami Islam dengan sebenar-benarnya mungkin ia ingin mengajak seseorang itu menjadi baikn seperti dirinya..tetapi sebelum itu kita perlu melihat siapa yang akan kita dakwahkan,jika kita terjumpa seseorang yang tidak pernah solat,janganlah kita menuduhnya kafir sebelum kita mengenali,menasihatinya dan jangaanlah kita memaksanya untuk solat sedangkan ia belum mengetahui tentang solat kerana kejahilan dan pendidikannya yang tidak sempurna sebagai islam sejak kecil..berbuat baiklah kepada mereka ini kerana mereka tidak mengetahui dan janganlah tergesa-gesa,bila kita berbuat baik mungkin tergerak naluri,jiwa,dan rasa inginkn kebaikan. Sebagai manusia yang lemah tidak berguna lah apa yang kita lakukan tanpa pertolongan Allah..bersyukur tanda penghargaan kita.Alhamdulillah….

         Sememangnya perkara ini,kita merasakan amatlah senang untuk dilakukan kerana kita belum membuatnya..tetapi apabial kita menghadapinya ia memerlukan kesabaran yang amat besar,pengorbanan,ketahanan jiwa dan perkara yang amat menyakitkan..sebagai hamba yang serba dhaif terasa banyak nya kelemahan kerana tidak dapat melaksanakan nya..kerana tiada kekuatan.sebagai seorang berjiwa lemah,doa perlu di panjatkan untuk memohon kekuatan dan diri-sendiri juga perlu berubah walaupun terpaksa mengorbankan apa yang disayangi..wallahua’lam…











Saturday, December 5, 2009

Bid'ah


Bercerita mengenai bid’ah,kebanyakan masyarakat keliru tentang bid’ah ini,sebenarnaya amalan bid’ah ini ialah perkara yang tidak di buat oleh Rasulullah tetapi di buat oleh umatnya..sememangnya ramai yang bertanya persoalan mengenai bid’ah dan apabila kita melakukan sesuatu amalan yang telah menjadi warisan sejak zaman berzaman menyebabmenjadi Bid’ah.tetapi ia bergantung kepada niat.jikalau amalan tersebut tidak bertentangan dengan syariat tidak bid’ah,janganlah kita terlalu beriktikad dengan amalan tersebut seperti membaca surah yasin pada malam jumaat,tidak salah amalan ini dilakukan tetapi jangan terlalu beriktikat dengan menyatakan setiap malam jumaat wajib atau mesti membaca yasin..sedangkan banyak surah-surah yang di sunat dan diamalkan oleh Rasulullah untuk di baca padahari Jumaat seperti Surah Kahfi,surah Sejadah dan lain-lain.,sekurang-kurangnya mereka membaca juga al-Quran dari terus tidak di baca pada hari Jumaat .Contoh lain lagi mengenai Bid’ah ialah ada sebuah Negara ,tapi tak ingaat Negara mana.Pemerintah Negara tersebut telah mengharamkan untuk melakukan amalan yang telah di lakukan sejak zaman berzaman iaitu seperti manyambut maal hijrah,maulidur rasul kerana pemerintah tersebut menyatakan amalan tersebut itu tidak dilakukan oleh Rasulullah,ini menyebabkan ramai rakyat kecewa dan Negara itu menjadi sunyi dari ceramah-ceramah agamaa dan masalah social semakin meningkat dan rakyat merasakan perkara ini patut diteruskn dan mereka bangkit menentang pemerintah dan mengadakan semula amalan tersebut.kenapa kita hendak menhentikan sesuatu yang baik walaupun tidak dibuat oleh Rasulullah tetapi ia dapat memperingati manusia kearah meningkatkan keimanan dan mengingatkan kita tentang kehidupaan Rasulullah yang banyak berkorban untuk ummatnya.Sebenarnya perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w jika tidak menyalahi syariat islam yang ditetapkan boleh diamalkan,asalkan ia tidak mensyirikkan Allah dan kita tidak terlalu beriktikat dengan amalan tersebut seperti jika tidak dilakukan berdosa ataupun menjaga air muka dengan penduduk kampong sedangkan amalan kita



Disini saya akan menjelaskan apa yang telah diberitahu oleh Ustaz Wan Amirurrashid bin Wan Abdul Hamid mengenai Bid’ah atau mengenalpasti perkara bid’ah yang telah beliau bincangkan di dalam Jemaah Fiqh:


1-Usul (sumber dalil umum) iaitu perkara atau amalan tersebut ada dalil ataupun tidak.


2-Mengkategorikan amalan masyarakat samaada adat atau ibadat.jika ibadat mesti ada dalil pensyariatan cth:sujud kepala kedepan bukan kebelakang.


3-Tidak meninggalkan yang utama


4-Jangan di tambah rukun.


Contoh:amalan daalam solat


Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan ataupun dapat coretkan dengan ilmu yang tak seberapa ini,diharap sesiapa yang sudi berkongsi ilmu di atas kekurangan diri ini.Apa yang baik itu datangnya dari Allah dan apa yang buruk itu dataang dari Allah juga dan disandarkan kepada diri saya..diharap sudi2lah menegur..wasallam..