Salam sejahtera dan salam rindu buat semua sahabat yang sedang menuntut ilmu diseluruh pelusuk bumi ini....
Pada 17/10/2008 bersamaan hari jumaat semua sahabatku telah berangkat untuk menyambung pelajaran kat Timur Tengah,tak sangka ye ramai jugak budak sek maahad syamsul maarif (L) labok sambung belajar kat MESIR..Tp sedih la tak dapat jumpa korang buat kaali terakhir,kan korang pegi 4 tahun,gane lah rupa korang nanti ye,mane tahu balik-balik dah bawak balik anak..he.he,best korang dapat sambung belajar kat negara orang..belajar sungguh2 ye..

Islam tidak melarang kecantikkan, keindahan dan hiburan, malah agama ini menyuruh umat-Nya supaya bersenang-lenang dan hidup dengan penuh aman damai. Kerana itu di dalam beberapa hadis baginda rasul sendiri ada menyebutkan bahawa baginda sangat sekali menyenangi wanita, bauan harum dan perkara-perkara yang menghiburkan keluarga. Allah swt berfirman (dengan maksudnya) : “Di hiasi di dunia itu (pada pandangan manusia) dengan kecintaan pada wanita.” (Ali Imran: 14) Bahkan di dalam AlQuran, Allah swt menjanjikan kepada orang lelaki yang beriman dan beramal soleh dengan balasan bidadari sebagai menggalakkan mereka beribadah. Bidadari itu ialah wanita yang sempurna sifatnya dan teramat cantik jasadnya serta dipenuhi dengan segala ciri keperluan yang merupakan idaman kaum lelaki. Allah swt berfirman (dengan maksudnya) : “Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik.” (Ar-Rahman : 70) Oleh yang demikian, tidak salah jika kita mengatakan bahawa wanita dunia yang mempesonakan itu haruslah sekurang-kurangnya memiliki ciri yang paling hampir dengan si bidadari. Wanita pesona ialah wanita yang menjadi idaman semua dan merupakan impian setiap gadis dan wanita untuk mendapatkan kedudukan tersebut. Pesona bermaksud menawan dan menjadi pujaan para lelaki dan mendapat penghormatan daripada kaum sejenisnya sendiri.
IBU,
Megertilah bahawa aku sayang padamu.
Dalam pada itu aku selalu menyalahimu,
Bukan niatku merobek hati kecilmu,
Tapi jiwaku memberontak minta dihargai.
IBU,
Bukan niatku meracuni dengan kata-kataku,
Namun kadangkala hati ini pedih,
Gelak tawamu,
Segala tentang dirimu ibu...
Jika diimbas saat itu,
Manik jernih ini akan gugur berderai,
Tanpa di minta ia terus mengalir.
Saat pintaku,
Sesungguhnya tiada apa yang lebih indah,
Maaf diatas segalanya...
saidina Umar al-khattab pernah berkata "hendaklah kamu bersahabat dengan orang yang menzalimi kehidupannya dengan kebenaran, nescaya kamu akan hidup aman disisinya....
Berwaspadalah terhadap sahabat kecuali terhadap mereka yang amanah, kerana amanah itu tidak wujud kecuali bagi mereka yang takutkan Allah...jangan bersahabat dengan mereka yang jahat kerana kamu nescaya akan belajar dari kejahatannya..."