Salam..pembuka bicara yang seelok-eloknya ditujukan kepada sesiapa yang sudi menghayati ungkapan dari ku...alahai.bunyi cam pelik plak bermadah.tajuk di bius cinta ni aku ambik dari ceramah yang aku dengar malam ni kat Dewan Kuliah Utama(DkU) kat Udm..Ustaz yang bagi ceramah malam ni memang best..rugilah sape2 tak dengar,lagi-lagi remaja zaman sekarang ni termasuk lah aku yang mgkin lah dah terkena bius cinta ni..biasalah cinta tu kan anugerah,fitrah semulajadi yang Allah dah campakkan dalam hati setiap kita kan.kan...banyaklah ilmu yang ustaz dan ustazah bagi dalam ceramah 2..antaranya lah kita mesti mencintai Allah terlebih dahulu dengan secinta-cintanya barulah kita cintakan pasangan yang di anugerahi Allah dengan seikhlas dan sebaik mungkin..kena jugak cinta kan Rasulullah s.a.w secinta-cintanya dengan mengikut sunnah nya melebihi dari kita mencintai orang2 atas dunia ni..pengorbanan Nabi Muhammad kat kita ummatnya tak dapat digambarkan,sedih sangat aku rasa sebab ramai yang tak berapa ikut..ni mungkin sebab ilmu agama tak berapa ada kot..ataupun kurang termasuk aku lah ,kena cari banyak2 ilmu agama supaya kita ni lebih mencintai Allah dan Rasul tapi kena beramal lah kan bila dapat ilmu,memang susahkan kita rasa..tapi doalah banyak supaya Allah permudahkan kerana Allah tu Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani hamba-hambaNya..banyak lagi nak tulis tapi malam2 buta camni idea tak da la plak..disini di sertakan lagu muhasabah cinta buat kengkawan dan semua yang mengenali ataupun tak mengenali diri ku ni..wallahu a'lam.....
Salam..pembuka bicara yang seelok-eloknya ditujukan kepada sesiapa yang sudi menghayati ungkapan dari ku...alahai.bunyi cam pelik plak bermadah.tajuk di bius cinta ni aku ambik dari ceramah yang aku dengar malam ni kat Dewan Kuliah Utama(DkU) kat Udm..Ustaz yang bagi ceramah malam ni memang best..rugilah sape2 tak dengar,lagi-lagi remaja zaman sekarang ni termasuk lah aku yang mgkin lah dah terkena bius cinta ni..biasalah cinta tu kan anugerah,fitrah semulajadi yang Allah dah campakkan dalam hati setiap kita kan.kan...banyaklah ilmu yang ustaz dan ustazah bagi dalam ceramah 2..antaranya lah kita mesti mencintai Allah terlebih dahulu dengan secinta-cintanya barulah kita cintakan pasangan yang di anugerahi Allah dengan seikhlas dan sebaik mungkin..kena jugak cinta kan Rasulullah s.a.w secinta-cintanya dengan mengikut sunnah nya melebihi dari kita mencintai orang2 atas dunia ni..pengorbanan Nabi Muhammad kat kita ummatnya tak dapat digambarkan,sedih sangat aku rasa sebab ramai yang tak berapa ikut..ni mungkin sebab ilmu agama tak berapa ada kot..ataupun kurang termasuk aku lah ,kena cari banyak2 ilmu agama supaya kita ni lebih mencintai Allah dan Rasul tapi kena beramal lah kan bila dapat ilmu,memang susahkan kita rasa..tapi doalah banyak supaya Allah permudahkan kerana Allah tu Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani hamba-hambaNya..banyak lagi nak tulis tapi malam2 buta camni idea tak da la plak..disini di sertakan lagu muhasabah cinta buat kengkawan dan semua yang mengenali ataupun tak mengenali diri ku ni..wallahu a'lam..... salam....pembuka bicara..lame sungguh rasa tak menjenguk blog sendiri ni..tak tau apa nak yang di tuliskan dalam ni..sepanjang cuti sem 2 bulan baru2 ni ada jugak benda faedah yang ak buat daripada balik rumah cuti tak buat pe2,cari2 pengalaman skit2..hehe..cari ilmu yg berguna tuk ak bawak sepnjang hidup ni..dari pemerhatian ak lah akhlak 2 memang penting lah walau kat mana kita pergi,lau kita tak der akhlak lah semua orang tak respert kat kita malah boleh jaadi orang pun benci tak nak benci tak kawan ng kita..ni pengalaman ak sepanjang ak duk tempat belajar la............
menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam
kategori sia-sia, iaitu:-
1.Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak
dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.
2.Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca
secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.
3.Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar
kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.
4.Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak
mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk
keselamatan arwah-arwah mereka.
5.Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian
ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.
6.Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan
seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah
ilmu pengetahuan.
7.Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling
menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
8.Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi
tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.
9.Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa
memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan
meningkatkan budi pekerti.
10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran
kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.
Assalamualaikum....hari terakhir bukannya berakhir segala-galanya...hee..tp hari ini 18\11\08 tamatlah final exam untuk sem 1 bagi aku..tak sangka pejam celik,pejam celik dah habis sem satu,singkat bebenor rasa hidup ei...bagi akulah,tak tahu pulak korang...tapi aku sedihlah dekat final exam baru 2 ni aku pening kepala..penyakit yang lama tak datang,datang lah pulak...tak sangka kena migrain plak,masa tu,ada 2 paper lagi tak habis,ulum hadis dan hadis....sedih,tak dapat habiskan menghafal,asyik muntah-muntah je 2 hari tu...:(...kalau selama ni duk kat umah,habiskan masa dekat 6 bulan kat umah tak leh apa2,baik sambung belajar.tadah 2 ilmu kat sini (UDM)...Dan hari ni jugak ramai daa kawan2 aku dah balik kampung masing2.nampak tak sabar 2 semua balik nak jumpa keluarga....sebabnya rasa terseksa jiwa jugak duk sini dengan pelbagai kerenah lah..tahu 2 lah kat U ni banyak lah ujian...termasuk diriku jugak....k lah setakat ni jelah dapat aku coretkan dalam blog yang tak seberapa ni,maklumlah kan baru nak belajar 2....bye.
Salam sejahtera dan salam rindu buat semua sahabat yang sedang menuntut ilmu diseluruh pelusuk bumi ini....
Pada 17/10/2008 bersamaan hari jumaat semua sahabatku telah berangkat untuk menyambung pelajaran kat Timur Tengah,tak sangka ye ramai jugak budak sek maahad syamsul maarif (L) labok sambung belajar kat MESIR..Tp sedih la tak dapat jumpa korang buat kaali terakhir,kan korang pegi 4 tahun,gane lah rupa korang nanti ye,mane tahu balik-balik dah bawak balik anak..he.he,best korang dapat sambung belajar kat negara orang..belajar sungguh2 ye..
Untuk sahabat-sahabatku yang dirindui...yang sedang menuntut ilmu diseluruh pelusuk bumi ini...hayatilah kisah ini: Islam tidak melarang kecantikkan, keindahan dan hiburan, malah agama ini menyuruh umat-Nya supaya bersenang-lenang dan hidup dengan penuh aman damai. Kerana itu di dalam beberapa hadis baginda rasul sendiri ada menyebutkan bahawa baginda sangat sekali menyenangi wanita, bauan harum dan perkara-perkara yang menghiburkan keluarga. Allah swt berfirman (dengan maksudnya) : “Di hiasi di dunia itu (pada pandangan manusia) dengan kecintaan pada wanita.” (Ali Imran: 14) Bahkan di dalam AlQuran, Allah swt menjanjikan kepada orang lelaki yang beriman dan beramal soleh dengan balasan bidadari sebagai menggalakkan mereka beribadah. Bidadari itu ialah wanita yang sempurna sifatnya dan teramat cantik jasadnya serta dipenuhi dengan segala ciri keperluan yang merupakan idaman kaum lelaki. Allah swt berfirman (dengan maksudnya) : “Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik.” (Ar-Rahman : 70) Oleh yang demikian, tidak salah jika kita mengatakan bahawa wanita dunia yang mempesonakan itu haruslah sekurang-kurangnya memiliki ciri yang paling hampir dengan si bidadari. Wanita pesona ialah wanita yang menjadi idaman semua dan merupakan impian setiap gadis dan wanita untuk mendapatkan kedudukan tersebut. Pesona bermaksud menawan dan menjadi pujaan para lelaki dan mendapat penghormatan daripada kaum sejenisnya sendiri.


