UnGkaPAN RoHANi

SeTiaP uNgkaPaN yg dIseRtaiI dENgan KeIKHlaSan aKAN memBerI mAKna WalAUpun Ia NamPAK tersirat KaTA bIASA maNjadi PEnAWAR DAn RACuN BAgi HAti


The Widgipedia gallery
requires Adobe Flash
Player 7 or higher.

To view it, click here
to get the latest
Adobe Flash Player.
Get this widget from WidgipediaGet this widget from WidgipediaMore Web & Desktop Widgets @ WidgipediaMore Web & Desktop Widgets @ Widgipedia
Saturday, December 12, 2009

LEmaHnya iNsAN



Dakwah sememangnya amat payah untuk dilaksanakan kecuali bagi orang yang betul-betul dipilih oleh Allah s.w.t. Dakwah yang kita lakukan belum tentu manusia menerimanya..setiap kata,setiap penulisan memang senang untuk diungkapkan dan di coretkan tetapi belum tentu ia bernilai dan menusuk ke jiwa insan kerana dengan kelemahan setiap manusia yang mencoretkan ini..


         Dan setiap manusia juga Allah ciptakan berbeza-beza..Allahuakbar..memang tiada sesiapa yang dapat menandingiNya walaupun manusia mencipta patung,robot ia tetap patung dan robot tidak akan menjadi manusia sempurna seumpama ciptaan Allah. Di sebabkan ciptaan Allah yang berbeza ini begitu susah untuk kita mengenali jiwa manusia yang sebenar.unyuk kita selami setiap jiwa yang akan di dakwahkan,diberikan didikan..jika menggunakan cara yang mengikut kehendak kita,naluri kita berkemungkinan seseorang itu akan menjadi lebih buruk dan tidak di jangkakan kerana setiap jiwa,hati seseorang berbeza, didikan yang diberi perlu berbeza mengikut jiwa seseorang kerana fikiran seseorang,situasi,kehidupan dan hati juga berbeza dengan kita.mungkin seseorang itu boleh menjadi pendengar tetapi belum tentu ia akan mengikut kata kita,nasihaat kita kerana sebab-sebab tertentu..itulah kebesaran Allah yang menciptakan manusia.Subhanallah…

         Bagi yang sudah mendalami Islam dengan sebenar-benarnya mungkin ia ingin mengajak seseorang itu menjadi baikn seperti dirinya..tetapi sebelum itu kita perlu melihat siapa yang akan kita dakwahkan,jika kita terjumpa seseorang yang tidak pernah solat,janganlah kita menuduhnya kafir sebelum kita mengenali,menasihatinya dan jangaanlah kita memaksanya untuk solat sedangkan ia belum mengetahui tentang solat kerana kejahilan dan pendidikannya yang tidak sempurna sebagai islam sejak kecil..berbuat baiklah kepada mereka ini kerana mereka tidak mengetahui dan janganlah tergesa-gesa,bila kita berbuat baik mungkin tergerak naluri,jiwa,dan rasa inginkn kebaikan. Sebagai manusia yang lemah tidak berguna lah apa yang kita lakukan tanpa pertolongan Allah..bersyukur tanda penghargaan kita.Alhamdulillah….

         Sememangnya perkara ini,kita merasakan amatlah senang untuk dilakukan kerana kita belum membuatnya..tetapi apabial kita menghadapinya ia memerlukan kesabaran yang amat besar,pengorbanan,ketahanan jiwa dan perkara yang amat menyakitkan..sebagai hamba yang serba dhaif terasa banyak nya kelemahan kerana tidak dapat melaksanakan nya..kerana tiada kekuatan.sebagai seorang berjiwa lemah,doa perlu di panjatkan untuk memohon kekuatan dan diri-sendiri juga perlu berubah walaupun terpaksa mengorbankan apa yang disayangi..wallahua’lam…











0 comments: